Sunday, April 26, 2009

Kenapa panggil hujan- Cinta

Apa yang menarik sangat pasal topik ini?? Seperti biasa aku akan cuba berkongsi pendapat aku yang tak profesional sangat pasal cinta.

Cinta adalah satu perkataan yang menggambarkan perasaan. Perasaan yang wujud sejak wujudnya manusia di dunia ini. Cinta pada aku terbahagi kepada beberapa kategori. Antara kategori cinta secara tidak begitu detail adalah cinta terhadap yang Esa, cinta kepada ibu bapa, cinta pada yang tersayang, cintakan dunia, cintakan harta, cinta kepada muzik, cinta kepada alam semulajadi.
Cinta yang abadi adalah cinta kepada yang Esa. Cinta ini adalah satu. Tiada tolok bandingnya.

Kita juga seharusnya mencintai ibu bapa. Tetapi ada juga manusia yang tidak ada perasaan ini. Mungkin kerana mereka tidak didik dengan baik, terlalu dibiarkan atau lupa diri.

Cinta pada yang tersayang yang cuba aku terangkan di sini adalah cinta kepada manusia yang berlainan jantina yang berjaya menambat hati kita, berjaya membuat kita jatuh hati.

Kita sedia maklum bahawa cinta adalah sebab kita wujud di dunia ini. Dari kecil kita telah dipupuk dengan perasaan sayang menyayang. Contohnya bayi yang baru lahir selalunya akan dicium oleh manusia dewasa, ibu bapa.

Ramai manusia yang hanyut dalam arus cinta. Bagi aku cinta pada yang tersayang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bila orang yang kita sayang gembira kita akan rasa gembira, kita juga akan berasa kurang senang bila orang yang kita sayangi dalam keadaan sedih. Hidup yang kita lalui tidak lari dari cinta. Lagu-lagu dan cerita-cerita yang dihasilkan dalam bentuk lisan, tulisan, gambar dan video juga boleh dikatakan semua mempunyai unsur cinta.

Perasaan benci juga bermulanya daripada cinta. Bila cinta terasa bahagia itu adalah positif. Cinta juga boleh menyebabkan manusia hanyut dan binasa kerana cinta. Itu adalah negatif.

Biarkanlah cinta positif. Biarlah cinta membuat kita bahagia. Love!!!

Tuesday, March 17, 2009

Ikbal Marat- Cuba

Kan ku buktikan
Kata bukannya angan
Percayalah akan ku usahakan
Pre Chorus
Janji-janji ku bukannya palsu
Ku cuma perlukan waktu
Jangan kau kecewa dan hidup dalam duka
Benarkan ku cuba membuat ku bahagia
Seperti dulu kala
Chorus
Oh bintang jangan la menghilang
Kau kerlipkan padanya bahagia
Dan bulan teruslah menerang
Biarkan ku bersama dia seperti wayang cinta

Janji-janji ku bukannya palsu
Ku cuma perlukan waktu
Jangan kau kecewa dan hidup dalam duka
Benarkan ku cuba membuat ku bahagia
Seperti dulu kala
Pre Chorus
Janji-janji ku bukannya palsu
Ku cuma perlukan waktu
Jangan kau kecewa dan hidup dalam duka
Benarkan ku cuba membuat ku bahagia
Seperti dulu kala
Chorus
Oh bintang jangan la menghilang
Kau kerlipkan padanya bahagia
Dan bulan teruslah menerang
Biarkan ku bersama dia seperti wayang cinta

Saturday, February 28, 2009

Kenapa Panggil Hujan- Kenapa menyanyi

Hari ni aku nak share sikit dengan korang tentang pendapat aku ... kenapa kita menyanyi... Sedar tak sedar kita menyanyi dan denagn bunyi melodi sejak dari kecil lagi... Masa aku kecik dulu kalo aku nangis2 mak aku selalu jer memelodikan zikir kat telinga aku... supaya aku cepat sejuk hati.. Tak dinafikan aku memang seorang yang cepat panas hati tapi kalo kena cara aku senang sejuk... Aku suka menyanyi sejak aku kecik lagi... Lagu pertama yang aku nanyi tak salah aku lagu ND LALA... Lama-lama jatuh cinta... tak salah aku masa aku umur 4 tahun .... Dalam masa yang sama aku suka dengar lagu Allahyarham Sudirman. Antara lagu yang aku dengar lagu Basikal Tua, Balik Kampung.... Masa umur aku 6 tahun aku suka dengar lagu Micheal Jackson- Bad. Mak ngan kakak aku pulak dengar lagu Fransica Peter manakala Abah pulak suka dengar lagu 60-an dan keroncong. Masa umur aku 7 tahun aku dengar lagu Search. Tapi lagu yang aku paling suka adalah lagu Isabella. Bila masa sekolah kalo cikgu suruh nyanyi aku akan nyanyi lagu Isabella, kalau tak suruh nyanyi pun aku nyanyi gak ... hehehehe... Lagu Suci dalam Debu pun best.... Nanti aku sambung lagi dalam post akan datang...

Kenapa kita menyanyi.... Sedar tak sedar terlalu banyak lagu dalam dunia ni yang dihasilkan adalah dalam bentuk lagu sedih dan berharap... Memang ada lagu yang berunsur gembira tapi "jarang-jarang jer". Aku suka menyanyi lagu yang liriknya berkaitan dengan hidup aku. Lagu daripada Butterfingers banyak mempunyai persamaan dengan hidup aku ketika aku sekolah menengah dan dalam zaman universiti. Antara lagu yang aku paling suka Girl Friday.... Liriknya yang begitu bermakna dan sungguh padat memberi aku rasa terlalu dekat dengan lirik itu... Dulu pergi mana2 pun nak nyanyi girl friday seolah-olah liriknya tercipta untuk aku... Tapi hanya seolah....

Girl Friday

Ain't that hard
To live alone
Ain't that far
To be from home
Cause gravity
Can never pull me... down
Calculate
The days I've spent
Procrastinating
God knows when
Grow in silence
Feverish or... flu

And again
It's me, myself and I

Fall on me ! ( 4X )

Stand aside to keep my cool !
Stand in line feeling like a fool !
It's getting late
Now get back in your... bed

Then remembered as what my daddy said

What you gonna be ?! ( 4X )

Yeah !

And again
It's me... myself
And i

Stay with me ! ( 5X )
Stay with me ! (Second Vocal)
Stay with me !
Stay with me ! (Second Vocal)
Stay with me !


Bagi aku lirik nie seolah-olah mencerminkan aku apa yang aku hadapi semasa hidup kat asrama dari F1-F5.

Menyanyi kerana sedih dan menyanyi kerana gembira....

To be continued...

Tuesday, February 10, 2009

I Want You to Love Me

At last dapat juga aku record lagu ni.. Lagu nie sebenarnya dah lama aku compose... Mungkin dalam tahun 2005 tak salah aku... Aku memang suka luahkan perassan aku dalam lagu... Sebab... Aku memang macam tu... Nanti bila ada kesempatan aku nak try record lagu lain yang pernah aku buat... Selamat Berhibur!!!

Tuesday, November 18, 2008

Colours- Acoustic On You Tube


Quantum Of Solace

Assalamualaikum... terlalu banyak peristiwa yang menarik yang saya ingin kongsikan bersama... Hmmm baru-baru nie saya sempat menonton Quantum of Solace bersama teman-teman serumah... Saya rasa filem James Bond kali ini kekurangan gajet seperti filem2 yang lepas... Saya agak hampa kerana filem James Bond yang sebelum ini terkenal dengan gajet-gajet yang canggih ( walaupun kadang- kala tidak logik) tidak lagi mementingkan babak penggunaan gajet tersebut.. Kereta (Aston Martin )yang digunakan oleh James Bond juga tidak mempunyai apa2 keunikan. James Bond yang dulunya adalah watak yang mementingkan tuxedo yang mewah sudah mula memakai t-shirt berkolar... Gadis-gadis bond yang dulunya sangat menggoda tidak lagi mempunyai tarikan godaan yang kuat... Perubahan yang sangat drastic dilihat pada keseluruhan filem ini. Misi yang James kali ini juga kurang menarik... James Bond kali ini mempunyai misi iaitu cuba menyelamatkan sumber bekalan air... Saya bukanlah pengkritik filem yang hebat tetapi setelah menonton beberapa filem James Bond seperti Tomorrow Never Dies, Die Another Day, Casino Royale, Gold Finger, The World Is not Enough dan beberapa lagi filem James Bond yang saya tidak ingat tajuknya ,saya berasa amat kecewa... Banyak filem-filem yang menjadikan filem James Bond sebagai pengaruh... Misalnya Agent Cody Banks, Austin Power, Mission Impossible, Mat Bond, The Tuxedo dan banyak lagi... Kepada yang mengikuti filem-filem Bond sebelum ini anda pasti merasakan perubahan pada filem ini.





Foto 1: Saya dan poster James Bond


Foto 2: James Bond bersama poster saya :P