Apa yang menarik sangat pasal topik ini?? Seperti biasa aku akan cuba berkongsi pendapat aku yang tak profesional sangat pasal cinta.
Cinta adalah satu perkataan yang menggambarkan perasaan. Perasaan yang wujud sejak wujudnya manusia di dunia ini. Cinta pada aku terbahagi kepada beberapa kategori. Antara kategori cinta secara tidak begitu detail adalah cinta terhadap yang Esa, cinta kepada ibu bapa, cinta pada yang tersayang, cintakan dunia, cintakan harta, cinta kepada muzik, cinta kepada alam semulajadi.
Cinta yang abadi adalah cinta kepada yang Esa. Cinta ini adalah satu. Tiada tolok bandingnya.
Kita juga seharusnya mencintai ibu bapa. Tetapi ada juga manusia yang tidak ada perasaan ini. Mungkin kerana mereka tidak didik dengan baik, terlalu dibiarkan atau lupa diri.
Cinta pada yang tersayang yang cuba aku terangkan di sini adalah cinta kepada manusia yang berlainan jantina yang berjaya menambat hati kita, berjaya membuat kita jatuh hati.
Kita sedia maklum bahawa cinta adalah sebab kita wujud di dunia ini. Dari kecil kita telah dipupuk dengan perasaan sayang menyayang. Contohnya bayi yang baru lahir selalunya akan dicium oleh manusia dewasa, ibu bapa.
Ramai manusia yang hanyut dalam arus cinta. Bagi aku cinta pada yang tersayang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bila orang yang kita sayang gembira kita akan rasa gembira, kita juga akan berasa kurang senang bila orang yang kita sayangi dalam keadaan sedih. Hidup yang kita lalui tidak lari dari cinta. Lagu-lagu dan cerita-cerita yang dihasilkan dalam bentuk lisan, tulisan, gambar dan video juga boleh dikatakan semua mempunyai unsur cinta.
Perasaan benci juga bermulanya daripada cinta. Bila cinta terasa bahagia itu adalah positif. Cinta juga boleh menyebabkan manusia hanyut dan binasa kerana cinta. Itu adalah negatif.
Biarkanlah cinta positif. Biarlah cinta membuat kita bahagia. Love!!!