Saturday, July 18, 2009

Micheal Jackson - Rest In Peace

Micheal Jackson salah satu daripada nama yang paling dikenali dalam sejarah manusia. Diberi gelaran King of Pop. Dilahirkan pada 29 Ogos 1958 dan meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Pada pendapat aku, Micheal Jackson ini merupakan IKON yang tiada tolok bandingnya dalam industri muzik. Kehebatan dia ni bukan setakat menyanyi tetapi gabungan tarian dan nyanyian yang amat sukar untuk ditandingi. Gaya menari dan menyanyi hampir mirip kepada mendiang James Brown. Tarian dia nie macam ada satu signature. Setiap pergerakannya membuatkan lagu yang dinyanyikan mempunyai jiwa. Ekspresi muka sangat hebat.

Hebat tak hebat la... Bila dia keluar pentas je lelaki mahupun perempuan tidak dapat menahan air mata. Aku tak pernah dapat menyaksikan konsert dia secara langsung tapi terima kasih la kepada mereka yang share konsert dia kat youtube.

Aku tahu lagu Micheal Jackson nie masa album Bad- 1987. Tapi bila dah dewasa sekarang ni aku betul-betul suka lagu Billie Jean. Best betul gabungan musik dan suara dia. Paling kagum sekali bila dia boleh menyanyi lagu ni sambil menari dengan laju sekali.



Matinya seorang KING OF POP