Saturday, October 17, 2009

Peribahasa yang aku pernah dengar di THR suatu masa dulu.

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!


Korang nak tau tak... dulu masa aku masih belajar kat utm skudai, kawan-kawan aku suka jer dengar radio sambil belajar. Kalau aku, memang tak boleh. Bila aku study aku suka keadaan yang senyap sepi. So aku selalu la ke library untuk study. Selalu jer lepak kat aras yang tak der orang.

Ok, berbalik kepada peribahasa di atas, ader sorang kawan aku nie namer nye Yap, suka gelak sorang2 layan radia. Aku pun naik hairan la kenapa dia selalu jer gelak sorang2. Rupa2nya rancangan yang dia dengar tu memang menarik. THR. Dj Ismahalil Hamzah. Pergh... aku yang jarang dengar radio ni pun boleh tertarik. Dj nie memang kelakar. Tapi di sebalik kelakarnya dia nie, rancangan yang dibawa sentiasa mempunyai isi. Cerita hantu, kongsi cerita macam la. Tapi sekarang nie dia tak kerja situ dah. Hilang lah seri radia THR.

1 comment:

eira said...

wow..best utk release tnsion tau..t'senyum2 aje bace peribahasa y mmg konfem xlepas bhase melayu..