Tuesday, November 18, 2008

Quantum Of Solace

Assalamualaikum... terlalu banyak peristiwa yang menarik yang saya ingin kongsikan bersama... Hmmm baru-baru nie saya sempat menonton Quantum of Solace bersama teman-teman serumah... Saya rasa filem James Bond kali ini kekurangan gajet seperti filem2 yang lepas... Saya agak hampa kerana filem James Bond yang sebelum ini terkenal dengan gajet-gajet yang canggih ( walaupun kadang- kala tidak logik) tidak lagi mementingkan babak penggunaan gajet tersebut.. Kereta (Aston Martin )yang digunakan oleh James Bond juga tidak mempunyai apa2 keunikan. James Bond yang dulunya adalah watak yang mementingkan tuxedo yang mewah sudah mula memakai t-shirt berkolar... Gadis-gadis bond yang dulunya sangat menggoda tidak lagi mempunyai tarikan godaan yang kuat... Perubahan yang sangat drastic dilihat pada keseluruhan filem ini. Misi yang James kali ini juga kurang menarik... James Bond kali ini mempunyai misi iaitu cuba menyelamatkan sumber bekalan air... Saya bukanlah pengkritik filem yang hebat tetapi setelah menonton beberapa filem James Bond seperti Tomorrow Never Dies, Die Another Day, Casino Royale, Gold Finger, The World Is not Enough dan beberapa lagi filem James Bond yang saya tidak ingat tajuknya ,saya berasa amat kecewa... Banyak filem-filem yang menjadikan filem James Bond sebagai pengaruh... Misalnya Agent Cody Banks, Austin Power, Mission Impossible, Mat Bond, The Tuxedo dan banyak lagi... Kepada yang mengikuti filem-filem Bond sebelum ini anda pasti merasakan perubahan pada filem ini.





Foto 1: Saya dan poster James Bond


Foto 2: James Bond bersama poster saya :P

No comments: