Tuesday, November 11, 2008

Kenapa Bila Ada Apa2 Peristiwa Kita Buat Makan2?

Terima kerana sudi baca post saya dan kepada semua selamat datang ke
http://kenapapanggilhujan.blogspot.com/. Ok, menarikkan? Kenapa bila ada2 apa2 peristiwa kita akan buat makan2? Tak kesah la apa pun. Kalau hari raya pun kita makan best, hari jadi pun kita makan best, hari sukan pun kita akan makan best.... eh silap2... minum best. Ingat lagi tak bila time hari sukan je kita dapat minum milo dari lori atau van milo 1980-1999 seingat saya lah.... Sambung lagi.... Kita memang tidak dapat lari dari makanan... yelah keperluan asas.... Bila gembira kita cari makanan best... kecewa pun kena makan best.... nak bersara pun ada makan2 best.... Dalam post kali nie saya nak share sikit tentang BBQ sebab salah sorang daripada officemate (AMIR) dan bekas officemate saya (FIFAH). Perancangan buat BBQ telah dibuat oleh rakan2 ofis yang lain... Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu 8/11/2008.Kami start buat bara api lebih kurang pukul 6.30 ptg... oleh kerana kekurangan kepakaran, bara api yang sepatutnya siap dalam tempoh 15-20 minit ini cuma dapat berjaya dinyalakan pada pukul 7.30 malam kot... Yang merumitkan lagi lampu yang sepatutnya menerangi kawasan bbq ni tak dapat menyala seperti yang dirancangkan.... Hampir 20 orang tetamu hadir pada bbq kali ini.... Saya tidak makan daripada tengahari kerana menantikan malam itu.... Hahahaha
Hidangan pada kali adalah:-
1) Ikan talapia bakar
2) Sotong Bakar
3) Ayam Bakar
4)Kerang Bakar
5) Kentang Bakar
6)Salad
7) Sosej Bakar
8) Jagung Bakar
9) Fruits Cocktail
10) Air Honey Dew
Aktiviti BBQ kali ini walau bagaimanapun telah diadakan dengan jayanya.... Semua yang hadir gembira walaupun kebanyakan makanan yang dibakar hampir hangus terbakar... Terima yang tidak terhingga kepada mereka yang menjayakan majlis kali ini...kepada mereka yang membantu memasak terima kasih kerana begitu komited hinggakan bulu tangan dan bulu jari terbakar...

Foto 1: Api bila kecil menjadi kawan.... Bila besar menjadi lawan.... Bukan senang nak control api tanpa kelengkapan yang lengkap...

Foto 2: Semua yang kekenyangan






Foto 3: Jagung yang terbakar

Foto 4: Skuad pemeriksa kualiti ayam

Foto 5: 2 orang tukang masak, 1 orang jaga lampu, 2 orang menanti makanan...



Foto 6: Kepakaran memasak sambil memegang lampu picit



Foto 7: "Inilah jagung bakar"...
Foto 8: Saya yang senyum kekenyangan...


1 comment:

zura lias said...

sebelum makan best..lepas mkn,riso..berat dh naik..salam kenal..baru perasan ade komen kt gambar..gie ke frenster jumpe blog nie.. :D